Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul 2 (Hari Kedua)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2019 yang lalu, telah diadakan Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul 2 (Hari Kedua). Program ini dibahagikan kepada dua tempat iaitu di Pusat Internet Kg Chengal dan di Pusat Internet Kg Semuba. Walaupun tempat berbeza dan tenaga pengajar yang berbeza tetapi Modul Pembelajaran adalah selari. Tenaga pengajar terdiri daripada Staff Pusat Internet itu sendiri. Program ini dijayakan di bawah KDN 1. Jumlah peserta ialah seramai 25 orang berlatarbelakang perniagaan yang berbeza. Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) Modul 2 (Hari Kedua) ialah belajat tentang Marketplace(shopee) dan cara membuat slide menggunakan MS Power Point.
Program Inovasi Usahawan Desa (IUD) ini merupakan salah satu inisiatif oleh Pusat Internet di KDN 1 untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan desa. Menerusi Program IUD ini juga, peserta berpeluang untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform digital. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan. Mendedahkan kaedah dan teknik yang betul dalam memperkasakan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: